JANGAN KITA JADI “MUSUH” APABILA DI HADAPAN ALLAH
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 February, 2026
Kadang-kadang… kita lalai.
Kadang-kadang… kita leka.
Dunia buat kita lupa.
Tapi di bumi Palestin, setiap hari mereka diingatkan dengan darah, air mata dan kehilangan.
Dalam sesi Sembang Santai Drive For Gaza 1.0, Ustaz Solahuddin ingatkan satu pesanan yang sangat keras daripada As-Syahid Abu Ubaidah:
“Kamu adalah musuh kami di hadapan Allah SWT jika sekiranya kamu tidak ambil peduli tentang Palestin dan pembebasan Baitul Maqdis.”
Ayat ini bukan ayat biasa. Ini amaran. Amaran yang sangat keras.
Bukan untuk mereka yang memusuhi Palestin…
Tapi untuk kita yang tidak peduli.
Kita mungkin tidak di medan perang,
Tapi kita sedang diuji di medan hati.
Peduli atau tidak? ambil tahu atau buat tak tahu?
Pesanan ini bukan untuk sehari. bukan untuk seminggu.
Tapi untuk kita ingat sampai bila-bila.
Ambillah semangat dari pesanan Abu Ubaidah. Jangan jadi golongan yang lalai.
Kerana diam kita… boleh jadi hujah di hadapan Allah nanti.