JALUR GEMILANG DI DEWAN KETIBAAN RAFAH, PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 June, 2023
Dari hari ke hari Muslim Care Malaysia sentiasa mengikuti dan berusaha keras membantu proses pembangunan dan baik pulih di Palestin.
Terbaru, sebuah dewan di sempadan Rafah telah ditambah baik bagi memberi kemudahan kepada pengembara daripada seluruh dunia termasuklah Malaysia sebelum meneroka bumi Palestin.
Rakyat Malaysia akan selalu di hati dua juta rakyat Palestin yang berada di dalam bumi Gaza.
Sebagai satu tanda penghormatan dan penghargaan rakyat Gaza kepada Malaysia, bendera Malaysia dipamerkan sebaik sahaja pengembara daripada serata dunia melangkah masuk ke bumi berkat ini di dewan ketibaan Sempadan Rafah.
Sumbangan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia saban hari tanpa mengira musim kepada seluruh rakyat Palestin sangat-sangat dihargai mereka.
Muslim Care Malaysia juga dalam masa terdekat akan ke Gaza bagi merasmikan projek mega Muslim Care Malaysia iaitu WAKAF PRODUKTIF.
Bangunan Kompleks Perniagaan yang sepenuhnya diwakafkan oleh rakyat Malaysia ini diharapkan akan sangat memberi manfaat kepada umat Islam di Gaza.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang selalu bersama menyokong Muslim Care Malaysia.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
 
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia