ISTERI GALAS TANGGUNGJAWAB SUAMI SYUKUR TERIMA BANTUAN.
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024
"Alhamdulillah, terima kasih banyak Muslim Care datang bantu kami di Kangar. Sangat-sangat membantu akak sekeluarga," sebak seorang ibu datang mengucapkan terima kasih kepada kami.
Sejak suaminya disahkan mempunyai masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis, kini beliaulah yang menggalas tanggungjawab mencari rezeki buat mereka sekeluarga. Anak-anaknya seramai 3 orang, semuanya masih lagi bersekolah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mendengar pelbagai ujian yang menimpa mereka, buatkan kami jadi bertambah bersyukur dengan apa sahaja yang ada.
"Bulan puasa ni takdak jualan roti. Selalunya saya letak di sekolah-sekolah. Puasa orang tak beli," salah seorang penerima sumbangan Kasih Asnaf Ramadan berkongsi kisahnya.
Sumbangan yang Muslim Care Malaysia berupa sekampit beras dan set barang dapur setiap seorang yang disampaikan pada Ahad lepas, 17 Mac 2024 sangat-sangat melegakan hatinya. Hilang resah memikirkan makanan untuk mereka sekeluarga bulan ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang selalu bersama Muslim Care Malaysia dalam usaha membantu seramai mungkin yang memerlukan.
Daripada Abdullah bin Salim r.a., beliau menceritakan (antara) perkara pertama yang diajarkan kepada orang ramai oleh Rasulullah SAW ketika baru tiba ke Madinah adalah sabdanya:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُونَ الجَنَّةَ بِسَلَام
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam (damai), berilah makanan dan solatlah ketika orang sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan iringan ucapan salam (Allah dan MalaikatNya).”
(Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibn Majah)
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.