Islam Semakin Bersinar di Jepun

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 October, 2022

Sehingga hari ini, Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah memiliki lebih daripada 14 buah Pusat Islam, Masjid, Tahfiz dan Madrasah di seluruh negara. Bahkan di Jepun sahaja sudah ada 4 Pusat Islam untuk dimanfaatkan rakyat tempatan. 

 

Sejak 2005, usaha menyebarkan dakwah islam terus giat diusahakan selain menjalankan misi kemanusian dan kebajikan.

 

Baru-baru ini, MCM diwakili Tn Haji Zulkifli Wahijan ,Presiden MCM, En. Safwan dan Ustaz Muaz berbesar hati menerima kunjungan daripada saudara Zulkarnain Hasan Basri, CEO Japan Da’wah Centre. Pelbagai isu dan idea dibincangkan dalam usaha mengembangkan syiar Islam di bumi matahari terbit itu.

 

Sebagai umat Islam perlu menyahut seruan baginda yang dibuat secara jelas tanpa memerlukan sebarang takwilan. Antara perkara yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya ialah agar berusaha menyebarkan ajaran Islam yang dibawanya.  

 

Sabda baginda SAW  bermaksud:
"Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
(Hadis riwayat al-Bukhari)

 

Semoga dengan usaha yang akan disusun dan dilaksanakan ini nanti, akan lebih ramai rakyat Jepun menerima cahaya Islam sebagai pegangan hidup mereka.
Bacaan lanjut disini.

 

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.

 

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia