INSYAALLAH, DI SINILAH AKAN DIBANGUNKAN PUSAT ISLAM MANDALUYONG

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2026

Alhamdulillah, hari kedua (6 Ogos 2026) berkesempatan meninjau lokasi yang insyaAllah bakal menjadi Pusat Islam Mandaluyong, Filipina.

Ini bukan sekadar melihat sebuah bangunan atau mencari sebuah lokasi.

Di sebalik tempat ini, ada satu harapan besar, agar umat Islam di Mandaluyong mempunyai sebuah pusat yang lebih selesa, mudah diakses dan mampu menjadi tempat berkumpulnya komuniti Muslim.

Lokasinya sangat strategik, berhampiran dengan pusat bandar dan mempunyai akses pengangkutan awam yang baik.

Lebih penting, ia berpotensi menjadi sebuah pusat yang bukan hanya untuk solat, tetapi juga sebagai pusat dakwah, pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti Islam.

Hari ini, sebahagian masyarakat Muslim di sini masih menggunakan ruang masjid yang kecil dan serba terbatas.

InsyaAllah, kita mahu melihat satu perubahan.

Daripada ruang yang terbatas, kepada sebuah pusat Islam yang lebih tersusun.

Daripada tempat berkumpul, kepada pusat yang menghidupkan dakwah dan ukhuwah.

Mungkin hari ini kita baru meninjau lokasinya.

Namun insyaAllah, dengan doa, usaha dan sokongan daripada ramai pihak, suatu hari nanti akan berdiri di sini sebuah Pusat Islam Mandaluyong, Manila yang memberi manfaat kepada umat Islam di Filipina.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia