INISIATIF ATASI MASALAH AIR KELANTAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 August, 2023
Muslim Care Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan, sentiasa memberi komitmen dalam menyediakan air bersih kepada rakyat Kelantan.
Sehingga hari ini sebanyak 14 buah telaga air dan menara tangki dengan telah dibina di seluruh negeri ini hasil kerjasama dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad(BPMB)
Yang sedang diusahakan kini ialah sebuah telaga air serta menara tangki dengan kapasiti 6000-8000 galon/unit akan dibina di seluruh negeri ini.
Terima kasih kepada YB Dato' Sr. Hj Azami Mohd Nor, Dr. Hj Nazmi (CEO AKSB), YB Ustazah Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff atas kepercayaan yang diberikan kepada Muslim
Care Malaysia untuk menjayakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Mudah-mudahan dengan adanya bekalan air bersih yang diusahakan ini, akan memudahkan urusan ibadah dan aktiviti harian penduduk setempat di Gual Periuk, Rantau Panjang. Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.