INILAH KEHIDUPAN SEHARIAN PENDUDUK GAZA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 January, 2026
Beratur berjam-jam untuk mendapatkan air atau makanan, sebelum akhirnya pulang tangan kosong kerana kehabisan bekalan.
Itu antara rutin kehidupan lebih satu juta penduduk Gaza yang kini menjadi pelarian di negara sendiri akibat serangan Israel yang berlanjutan sejak lebih dua tahun lalu.
Kerajaan haram Israel terus mencabuli perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, sekali gus mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin dalam tempoh kurang tiga bulan.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, seramai 424 rakyat Palestin telah syahid manakala 1,199 yang lain cedera akibat serangan berterusan tentera Zionis.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve