INFAQ RAMADAN UNTUK BELI GEREJA, JADI MASJID DI BRAZIL (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024

“Pada masa ini ramai orang Islam sering ke gereja yang menyediakan kelas Bahasa Portugis dan lain-lain khidmat rujukan secara percuma.

“Sebab itulah mereka amat memerlukan masjid bagi mengelakkan mereka terus menjadikan gereja pusat rujukan dan aktiviti komuniti,” kata Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sebuah bekas gereja untuk dijadikan masjid di Imbituba, Santa Caterina, Brazil ketika misi Dakwah dan Bantuan Ramadan di negara itu, baru-baru ini.

Haji Zulkifli berkata pihaknya memerlukan RM1 juta untuk membeli bekas gereja itu yang luas binaannya 2,323 kaki persegi dan luas kawasan 6,000 kaki persegi.

“InsyaAllah masjid baru itu nanti boleh digunakan lebih 200 keluarga Islam di tiga daerah iaitu Imbituba, Laguna dan Tubarao di Santa Catarina, Brazil,” katanya.

Pada masa ini penduduk Islam di tiga daerah itu terpaksa berkereta sejauh lebih 80 kilometer ke Florianopolis untuk menunaikan solat Jumaat.

Anak kapal dan pekerja pelabuhan yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari situ, turut boleh memanfaatkan masjid yang bakal didirikan kelak.

Selain pusat ibadah, ia akan turut menyediakan kelas Bahasa Portugis serta pusat maklumat untuk imigran Islam dari Palestin, Syria serta negara Afrika yang baru berhijrah ke situ.

Ayuh salurkan infaq kepada MCM untuk membeli sebuah bekas gereja bagi dijadikan masjid buat kegunaan komuniti Islam di Brazil.

Bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir tidak putus, begitulah ganjaran buat mereka yang menyumbang melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-pembelian... 

Sumbangan juga boleh terus ke akaun

MUSLIM CARE MALAYSIA 

564490413882 (MAYBANK) 

14014010147470 (BANK ISLAM) 

1101744599 (BANK RAKYAT) 

dan dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi. 

📲Hotline : 011-50050035

📲En Johari : 016-9978323

📲En Safuan : 013-4886447

📲Cik Suryana : 011-21941194

📲Cik Zuriati : 019-2049434



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia