INFAK ANDA SELAMATKAN RAKYAT GAZA DARIPADA KEBULURAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
20 August, 2025

Selepas sekain lama terputus bekalan makanan, Alhamdululillah pada 16 dan 18 Ogos 2025 bersamaa hari ke-680 dan 682 Gaza diganyang, Pengerusi Muslim Care Palestin, Ahmed Abu Ayesh bersama anggota pasukannya berjaya menghilangkan kelaparan saudara kita di Gaza.

Sebanyak 10 periuk makanan dimasak dan diagihkan kepada lebih 500 orang yang tinggal di khemah dan celahan runtuhan bangunan di sekitar Almawasi.

Kemasukan lebih 100 trak membawa bantun makanan dalam tempoh dua minggu lalu menambah stok bekaan makanan di Gaza, sekaligus mengurangkan harga barang makanan asas yang sebelum itu melambung terlaun tinggi.

Abu Ayesh berkata, pihaknya berjaya membeli tepung gandum pada harga RM40 satu kilogram. Walaupun masih mahal, namun ia jauh lebih murah berbanding harga sebelum ini iaitu RM250 satu kilogram.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana dengan izin Allah, hasil infak anda MCM mampu bekalkan makanan dan minuman kepada sebahagian penduduk Gaza yang hampir kebuluran.

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, Allah akan memberinya makan dari buah-buahan syurga.”

(Hadith Riwayat Tirmizi, 2449)

Amanah terus ditunaikan, walaupun berat.

Muslim Care Malaysia terus sampaikan , tepat pada waktu, tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia