IMPIAN MENJADI REALITI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 January, 2026

Apa yang dahulu hanya sebuah jambatan uzur laluan mengusung jenazah dari jeti usang sejauh hampir 900 kaki ke daratan kini telah bertukar wajah menjadi sebuah jambatan yang sempurna, kukuh dan selamat untuk dilalui.

Inilah impian sekian lama sebahagian penduduk Kampung Mangkalinau, Sandakan akhirnya menjadi kenyataan.

Projek pembinaan jambatan ini telah dimulakan pada 13 Julai 2025 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 23 November 2025, dengan kos keseluruhan sebanyak RM149,000.00 hasil kerjasama strategik antara Muslim Care Malaysia Society (MCM) dan PKIMB.

Majlis perasmian jambatan ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Datuk Dr Ali Akbar, bersama Ketua Kampung Mangkalinau, Imam Masjid serta seluruh penduduk kampung yang turut menyaksikan detik bersejarah ini.

Pembinaan jambatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Kampung Mangkalinau, malah turut menjadi kemudahan penting kepada beberapa kampung sekitar, khususnya dalam memudahkan urusan membawa jenazah ke daratan serta pergerakan harian penduduk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua para penyumbang dan pihak yang telah berinfaq, yang tanpa jemu menyumbang harta, tenaga dan kepercayaan sehingga projek ini dapat direalisasikan dengan sempurna. Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

Sebuah impian kecil yang lahir daripada keperluan, kini menjadi kemudahan besar buat generasi hari ini dan masa hadapan.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia