IFTAR UNTUK HUFAZ DI GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
16 March, 2026

Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia – Palestin telah menganjurkan majlis iftar khas buat para pelajar tahfiz di Masjid Al-Shafi’i, Khan Younis yang sebahagiannya musnah akibat serangan.

Seramai 350 orang Huffaz dan Muhafiz telah hadir memeriahkan majlis iftar ini. Walaupun masjid ini mengalami kerosakan akibat serangan, ia tetap menjadi tempat berkumpulnya para pencinta Al-Quran untuk berbuka puasa bersama dalam suasana penuh kesyukuran.

Di tengah-tengah ujian dan kesukaran yang dilalui rakyat Gaza, majlis iftar ini menjadi satu simbol ketabahan serta bukti bahawa Al-Quran terus hidup di dada para penghafaznya.

Semoga setiap suapan makanan yang disumbangkan menjadi asbab kekuatan buat para Huffaz ini untuk terus menjaga kalam Allah di bumi Gaza yang penuh ujian.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia