IFTAR UNTUK ANAK SYRIA DI KHEMAH PELARIAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
11 April, 2023
Semoga kalian selamat pulang ke tempat asal nanti. Syukran jazilan." antara doa yang dilafazkan anak-anak di Kem Pelarian Syria kepada kami ketika edaran juadah berbuka dilakukan.
Kali ini kami memasuki ke kawasan kem pelarian yang agak dalam dan jarang dimasuki. Keseluruhan kem ini mengandungi tiga Mukhayam iaitu Muqayyam Baba Amar, Muqayyam Rahamat dan Muqayyam Ajnadin.
Sebanyak 300 pek juadah berbuka telah diedarkan kepada 300 orang yang menginap di Kem ini.
Kepada yang berhajat untuk sama-sama menggembirakan anak-anak dan saudara kita di Syria boleh berbuat demikian melalui pautan ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
Rujukan : gempa Turkiye
Mudah-mudahan setiap jariah dan sumbangan yang dihulurkan akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran bahkan berganda-ganda nilainya ketika di bulan Ramadan ini. Insya-Allah.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia