IFTAR UNTUK 1,500 PELARIAN ROHINGYA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 April, 2023
Kira-kira 1,500 orang pelarian Rohingya mendapat manfaat daripada majlis iftar tajaan Muslim Care Malaysia (MCM) di tiga lokasi sekitar kem pelarian di Cox Bazar, Bangladesh pada 5, 6 dan 7 Ramadan lalu.
Program berlangsung selama tiga hari berturut-turut itu diuruskan oleh Rohingya Justice and Development Society (RJDS) selaku rakan kolaborasi MCM di Cox Bazar.
Pengerusi RJDS, Ustaz Amin berkata selain hidangan berbuka puasa, semua pelarian yang hadir turut dibekalkan pek makanan untuk bersahur.
“Lokasi pertama iftar jamaie itu diadakan di tiga masjid di Kem Kutupalong yang dihadiri lebih 500 orang pada 5 Ramadan,” katanya.
Menurutnya, program kedua diadakan keesokan harinya di Kem Balukhali juga membabitkan tiga masjid dan jumlah peserta yang hampir sama iaitu kira-kira 500 orang.
Pada 7 Ramadan pula majlis iftar diadakan di sebuah Madrasah di Kem Tengkhali yang disertai 500 orang termasuk pelajar dan kakitangan madrasah. “Alhamdulillah, semua majlis berjalan lancar. Terima kasih rakyat Malaysia dan Muslim Care Malaysia di atas sumbangan tajaan ini,” katanya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia