IFTAR ISTIMEWA UNTUK 1,000 PENDUDUK KHAN YOUNIS (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
16 March, 2026

Pada 15 Mac 2026 bersamaan 25 Ramadan, Muslim Care Malaysia Society dengan kerjasama Ops Ihsan telah menganjurkan Program Community Iftar & Sahur di Bandar Khan Younis, Palestin sebagai usaha berterusan menyantuni masyarakat yang berdepan kesukaran akibat konflik berpanjangan.

Program ini diselaraskan oleh Ahmad Abu Ayesh selaku wakil Muslim Care Malaysia di Palestin, yang turun padang memastikan agihan juadah berbuka puasa dan sahur disampaikan dengan teratur kepada para penerima manfaat.

Seramai 1,000 orang penduduk setempat telah hadir dan menerima manfaat daripada program ini. Bagi memastikan kelangsungan penyediaan makanan berbuka dan sahur kepada komuniti yang memerlukan, kos pelaksanaan program ini dianggarkan mencecah USD 5,000 sehari.

Pelaksanaan program pada 25 Ramadan yang merupakan antara malam-malam terakhir Ramadan memberi makna yang sangat besar, khususnya dalam meningkatkan semangat solidariti dan keprihatinan umat Islam dalam berkongsi rezeki ketika umat Islam berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala di penghujung bulan yang penuh keberkatan ini.

Muslim Care Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang terus istiqamah menyokong usaha bantuan kemanusiaan ini. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab kebaikan serta ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia