IFTAR BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
31 July, 2024

Muslim Care Malaysia berkesempatan menaja dan menghadiri Majlis Iftar Kelab Perkim Universiti Utara Malaysia (UUM) di kampus induk universiti itu di Sintok, Kedah pada 25 Julai 2024.

Seramai 100 orang pelajar UUM disantuni oleh rombongan Muslim Care Malaysia diketuai Presiden, Tuan Haji Zulkifli Wahijan.

Majlis yang diadakan di Masjid Sultan Badlishah UUM itu disempurnakan lagi dengan bacaan Yaasin, tahlil dan solat hajat.

Alhamdulillah semoga usaha ini menjadi pemula bagi hubungan Muslim Care Malaysia bersama mahasiswa universiti.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia