IFTAR AMAL UNTUK PALESTIN, SYRIA DAN YAMAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 March, 2024

Bumi Palestin sedang bermandi darah.

Tatkala kita bebas berjual beli juadah berbuka puasa di bazar...

Bahagia berbuka puasa bersama teman dan keluarga... 

Saudara kita di Palestin sedang dihimpit kesulitan akibat perang. Berhari-hari menahan lapar dan kesejukan.

Mengemis di bumi sendiri..

Muslim Care Malaysia Society (MCM) sentiasa cakna dan mengambil berat keadaan mereka di Palestin dan sentiasa mencari jalan untuk membantu mereka di sana.

Majlis Iftar Amal Perdana pada 3 Ramadan nanti dianjurkan khusus untuk mengutip dana sebanyak RM5 juta untuk disalurkan kepada Palestin, Syira dan Yaman.

Setiap pembelian kerusi dan meja pada 3 Ramadan 1445H yang bertempat di Grand Barakah Hotel, Ampang Jaya nanti akan dimanfaatkan untuk tujuan Kebajikan, Pendidikan dan Bantuan Makanan kepada mereka di Palestin, Syria dan Yaman.

Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud;

الْجَنَّةُ مُشْتَاقَةٌ اِلَى أَرْبَعَةِ نَفَرٍ : تَالِى الْقُرْانِ, وَحَافِظِ اللِّسَانِ, وَمُطْعِمِ الْجِيْعَانِ, وَصَا ئِمٍ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ

Artinya: "Syurga Rindu empat golongan: orang yang membaca Al Quran, menjaga lisan (ucapan), memberi makan orang lapar (termasuk iftar) , dan puasa di bulan Ramadhan."

(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). 

Bermula dari serendah RM250 untuk satu kerusi, terdapat 4 pilihan pakej yang boleh ditaja.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan

Najwa 018-3805877

Zuriati 019-2049434

Dari sungai ke segara,

Palestin pasti MERDEKA!

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia