IFTAR AMAL UNTUK DANA PALESTIN, SYRIA & YAMAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024

Dalam masa yang singkat, ramai yang menghulurkan tangan menyambut seruan kami di Muslim Care Malaysia (MCM) untuk mengumpul dana khusus buat Palestin, Syria dan Yaman. 

Subhanallah! 

Sungguh kami sangat terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.

Berlumba-lumba masing-masing masih setia mengambil tahu khabar dari Gaza. Malah tidak sekadar mengambil tahu, semuanya bagai mahu dikongsi bersama mereka di sana. 

Majlis semalam sebagai satu bukti nyata apabila Pertubuhan Khidmat Ummah, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sumbangan.com, Kerajaan Negeri Kelantan, Surau Al Muhsinin KLCC, Jom Donate, Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation), Isra' Foundation Malaysia, Dato Seri Haji Zainal Abidin, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Perdana Global Peace Foundation, Dato' Mohd Sufian bin Mohd Salleh dan TDM Berhad berjaya menghantar sumbangan bersama dalam majlis. 

Tidak dilupakan buat semua individu dan organisasi yang sudi bersama-sama dalam majlis Iftar Amal Ramadan anjuran Muslim Care Malaysia (MCM). 

Bambu kecil menjadi anyaman, 

Makan sarapan buah tin, 

Terima kasih untuk setiap sumbangan,

Sama-sama kita bantu Palestin.

Dari sungai ke segara, Palestin pasti MERDEKA!

Ambillah kesempatan di dalam bulan Ramadan yang mulia ini untuk sama-sama berdoa dan bermunajat untuk kemenangan Palestin.

Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.





© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia