HULURAN KASIH MALAYSIA BUAT PAKISTAN YANG KESEJUKAN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 January, 2023
Sangat mengejutkan apabila UNICEF mendedahkan lebih daripada 4 juta kanak-kanak masih tinggal berhampiran persekitaran air tercemar dan 10 juta orang di Pakistan sedang menanti bantuan segera menjelang musim sejuk kini.
Sudahlah diuji dengan banjir yang telah memusnahkan total kediaman mereka, kini terpaksa berperang pula dengan musim sejuk.
Allahuakbar.
Muslim Care Malaysia (MCM) hari ini telah diwakili oleh Timbalan Presiden MCM, Tuan Mohd Johari Ismail, Cik Suryana Sutarzi dan Cik Mahfuzah telah berlepas ke Pakistan bagi menyampaikan sumbangan kepada saudara kita di Pakistan.
Antara tempat yang sangat terkesan dengan banjir besar ialah Kumrat Valley yang mana kini sedang mengalami musim sejuk. Banyak kerja-kerja baik pulih terpaksa ditangguhkan memandangkan agak sukar untuk bekerja dengan sepenuhnya di musim sejuk kini.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung”.
(Surah al-Imran: 200)
Mudah-mudahan sumbangan hasil jariah rakyat Malaysia kepada saudara kita di Pakistan yang akan MCM sampaikan nanti akan sangat membantu mereka dalam usaha untuk bangkit selepas diuji.
Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia