HUBUNGAN DENGAN KEDUTAAN AFGHANISTAN DIPERKASA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 August, 2024

Sejak tahun 2011, Muslim Care Malaysia (MCM) telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Afghanistan.

Krisis peperangan dan bencana alam yang berlaku seperti gempa bumi dan banjir besar menyebabkan hampir majoriti penduduk di Afghanistan terjejas dan perlu dibantu.

Antara bantuan yang telah dihantar ialah kit makanan, kit kebersihan dan khemah untuk penempatan sementara ketika itu.

Berjalan seiring masa, lebih banyak pembangunan dan kemajuan mahu diusahakan kerajaan di sana.

Perjumpaan MCM bersama pejabat kedutaan Afghanistan di Malaysia pada 13 Ogos 2024 membincangkan peranan MCM untuk membuka laluan kepada syarikat-syarikat di Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan dan perniagaan di sana.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.





© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia