HOME2LIVE Projek Penuh Makna

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 October, 2022
Projek Home2Live telah menemukan Heroes Muslim Care Malaysia Society (MCM) dengan pelbagai cerita sedih dan pilu.
Sungguh di luar akal pemikiran kami di setiap kali kami melakukan ziarah ke rumah asal keluarga di bawah projek Home2Live.
 
Ada yang tinggal berlantaikan tanah beralaskan kain.
Ada yang tinggal di rumah yang tidak ada beza dengan rumah tinggal.
Ada yang gunakan pukat ikan sebagai pagar rumah.
 
Allahuakbar.
Sayu dan pilu pasti menyelubungi hati setiap kali teringatkan keadaan rumah-rumah ini.
Alhamdulillah sejak tahun 2020 sehingga hari ini, lebih daripada 40 buah rumah Home2Live telah siap dibina dan didiami oleh keluarga yang memerlukan.
Masih terdapat lebih daripada 10 buah rumah masih dalam proses pembinaan dan menunggu untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum disahkan selamat untuk didiami.
 
Terdapat juga beberapa buah rumah projek bantuan tambahan yang mana kita bantu baiki rumah yang telah sedia ada.
Rumah-rumah ini secara amnya dibina dan dihadiahkan kepada mereka yang layak di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Terima kasih kepada para penyumbang yang tanpa culas selalu bermurah hati menderma melalui Muslim Care Malaysia Society (MCM). Tanpa ehsan dan bantuan dari semua mustahil untuk kami menjayakan projek yang bernilai lebih daripada RM1 juta keseluruhannya.
 
Subhanallah!
 
Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‏اليد العليا خير من اليد السفلى
Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”
(Riwayat al-Bukhari)
 
Misi memberi rumah kepada yang memerlukan seperti anak yatim, mangsa kebakaran, golongan asnaf dan OKU akan tetap diteruskan dengan kerjasama pejabat-pejabat wakil rakyat dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 
Terima kasih sekali lagi kepada para penyumbang yang terdiri daripada orang ramai, badan kerajaan, badan korporat dan juga agensi bank yang terus percaya kepada MCM dan terlibat sama dalam projek penuh makna ini.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia