HOME2LIVE PROJEK MENGGEMBIRAKAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 December, 2023

Telah hampir 17 tahun Muslim Care Malaysia (MCM) terlibat secara langsung membantu masyarakat yang memerlukan kediaman yang sempurna dan selesa.

Ternyata projek ini telah berjaya mengubah kehidupan penerima dan telah bebas dari kepayahan yang membelenggu mereka selama ini.

”Setiap kali hujan turun terpaksalah kami menyediakan bekas-bekas untuk menadah air hujan yang menitik dari bumbung yang bocor “ kata salah seorang pemohon.

Dalam pada itu, terlalu banyak permohonan diterima untuk membaiki bumbung, dinding dan lantai rumah yang bocor dan rosak.

Ada yang merayu dengan bersungguh-sungguh kerana mereka tiada sumber pendapatan dan sebahagiannya tidak layak menerima bantuan dari agensi kerajaan kerana masalah dokumentasi.

Antara yang pernah kami temui ialah sebuah keluarga yang terpaksa memasang khemah bagi melindungi mereka dari dibasahi hujan kerana tidak mampu membaiki bumbung yang bocor.

Sebak sangat waktu itu. Tak terbayang dek akal, ada di kalangan rakyat Malaysia yang sampai begitu sekali ujian mereka.

Allahurabbi.

Sesungguhnya mereka amat mengharapkan bantuan daripada kita demi sebuah kehidupan yang sedikit selesa walaupun seringkali apabila ditanya khabar, laju mereka menyahut baik-baik sahaja semuanya.

Bagaikan terkunci rapat bibir mereka dari menutup segala keperitan yang mereka alami.

Ayuh kita bersama-sama membantu sedaya upaya kita mengirim kegembiraan dengan binaan rumah yang lebih selesa buat mereka.

Rasulullah SAW turut bersabda:

كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ، وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ، وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ

Maksudnya: ”Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan termasuk kebaikan adalah engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri; dan engkau menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu.”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Marilah bersama-sama kami, kita usahakan kehidupan baharu untuk mereka melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-baik-pulih...

atau transaksi langsung ke akaun

MUSLIM CARE MALAYSIA

564490413882 (Maybank)

Rujukan : Rumah Asnaf

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.

📲Hotline : 011-50050035

📲En Johari : 016-9978323

📲En Safuan : 013-4886447

📲Cik Suryana : 011-21941194

📲Cik Zuriati : 019-2049434

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang dna dipermudahkan urusan di dunia, di alam mahsyar serta ditemlatkan di syurga yang indah.

Amin.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia