HOME2LIVE NENEK RAMLAH SEDIA DIHUNI
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 March, 2023
Dalam keadaan dirinya sendiri tidak sihat, namun Nenek Ramlah masih kuat semangat mahu menjaga 7 cucunya selepas ibu kepada 7 beradik itu yang juga anak kepada nenek Ramlah, masih koma dan dalam rawatan pihak hospital.
"Tak mampu nak kata apa. Terima kasih banyak-banyak..." dalam sebak hanya itu yang mampu diungkapkan nenek Ramlah sebaik dimaklumkan rumah baharunya sudah sedia untuk dihuni.
Nabi SAW bersabda;
“Sesiapa yang melepaskan kesusahan seseorang di dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya di hari kiamat."
(Hadis Riwayat Muslim).
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah menyumbang dan berusaha sebaiknya untuk membina Home2Live Nenek Ramlah.
Semoga dengan terbinanya rumah ini, akan menjadi satu lonjak an baru buat mereka sekeluarga untuk masa hadapan yang lebih baik. Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve