HOME2LIVE HARAPAN BARU UNTUK MEREKA.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 December, 2022
Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ
Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”
(Riwayat Muslim)
Muslim Care Malaysia Society (MCM) terus konsisten membantu mereka yang memerlukan tempat berteduh melalui misi Home2Live.
Lega dapat melihat sendiri perkembangan rumah untuk Puan Aisyah yang hampir siap. Mudah-mudahan, tidak lama lagi akan mampu didiami oleh mereka sekeluarga.
Projek Home2Live ini membantu mereka daripada golongan asnaf, mangsa kebakaran dan lain-lain yang memerlukan bantuan dari segi proses menyiapkan rumah.
Terima kasih kepada semua yang selalu bersama dalam misi membantu masyarakat setempat. Tanpa kalian semua, mustahil untuk semua projek ini dijayakan.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi kalian semua.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
 
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia