HIMPUNAN BANTAH VETO AMERIKA SYARIKAT

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 December, 2023

Muslim Care Malaysia diketuai Timbaan Presiden, Tuan Haji Mohd Johari Ismail turut bersama-sama ribuan umat Islam dan pencinta keamanan dalam Himpunan Kebangkitan Menolak Veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Perhimpunan itu berlangsung selepas solat Jumaat di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2023.

Walaupun cuaca hujan namun para peserta himpunan tetap teguh dan tidak berganjak dalam menunjukkan penolakan terhadap kuasa veto Amerika di PBB yang menolak usul gencatan senjata dalam peperangan Israel-Palestin.

Dari Sungai Ke Segara, Palestin Akan Merdeka. HIdup Palestin !



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia