HIASAN MURAL KELAS MENCERIAKAN KELAS (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 September, 2024

Sebanyak RM15, 000 telah Muslim Care Malaysia (MCM) peruntukan untuk menjayakan projek Kelas Ceria yang diusahakan oleh adik-adik Bravo dari Kolej 12 Raja Nazrin Shah, Universiti Malaya.

Jauh dari Malaysia, MCM dan 40 pelajar Bravo hadir ke daerah Phom Thmey, Kemboja untuk meniupkan semangat cintakan ilmu dan dalam usaha menambah baik kehidupan di masa hadapan.

Projek ini merangkumi pemasangan kipas dan lampu di setiap kelas, lukisan mural, pemasangan lapik meja belajar dan hiasan kelas yang pelbagai bagi menambahkan keceriaan kelas yang ada di sekolah ini.

Hari pertama projek ini bermula seawal pagi 29 Ogos 2024.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia