HEROES MCM BERKERJASAMA SEDIA PEK SUMBANGAN BANJIR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 December, 2025

Alhamdulillah, seramai 20 orang sukarelawan HEROES MCM telah hadir semalam bagi menjayakan aktiviti anjuran Muslim Care Malaysia Society untuk membungkus barangan sumbangan banjir dan program Back2School, bertempat di Muslim Care Malaysia Centre, Batu Caves.

Hasil komitmen dan semangat kebersamaan para sukarelawan, sebanyak 500 set Ready-To-Eat (RTE) berjaya disiapkan. Set ini mengandungi makanan sedia dimakan seperti biskut segera pelbagai jenis, minuman malt coklat dan sardin bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan segera.

Selain itu, pasukan sukarelawan turut menyiapkan 700 set bantuan persekolahan merangkumi beg sekolah dan alat tulis untuk diagihkan kepada pelajar asnaf dan fakir miskin, yang akan disalurkan melalui 14 NGO rakan strategik MCM di seluruh negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan MCM yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan komitmen tanpa mengira penat lelah demi memastikan setiap pek bantuan dapat disiapkan dengan baik dan sempurna. Semoga setiap keringat dan pengorbanan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan serta diberkati Allah SWT.

Kami berharap usaha kecil ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan, di samping menyemai budaya prihatin dan semangat kesukarelawanan dalam masyarakat. Bersama, kita terus melangkah membantu mereka yang memerlukan.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasarannya


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia