HENTIKAN KEBULURAN DI PALESTIN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 March, 2024

Perang di Palestin terus berlanjutan bagaikan tiada kepastian bila akan tamat.

Sehingga hari ini, jumlah korban kekejaman jenayah perang genosid Zionis telah meningkat kepada 30,320 syahid dan 71,533 cedera sejak 7 Oktober lalu. 

Kesan perang telah menyebabkan kos naik dengan sangat hebat dan ramai susah untuk mendapatkan makanan dan bantuan.

Kesusahan mendapatkan makanan yang baik menyebabkan mereka sehingga terpaksa memakan rumput dan dedak haiwan. 

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Muslim Care Malaysia sedaya upaya menyampaikan sebanyak mungkin bantuan kepada lebih ramai saudara kita di Palestin dengan izin Allah. 

Setiap kali mendapat khabar dari Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin, saudara Abu Ayesh An-Najar pasti satu kelegaan terbit di hati. Alhamdulillah, beliau masih selamat.

Bahkan terus kuat dan semangat membantu lebih ramai orang di sana.

Pek sayur-sayuran yang diperolehi ini telah diagihkan kepada seramai mungkin yang mampu.

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh umat Islam yang prihatin dan terus cakna dengan kondisi saudara kita di Gaza.

Semoga Ramadan yang bakal menjelma memberi khabar yang lebih baik.

Teruskan menyumbang kepada saudara kita di Palestin melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-kecemasan...

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun 

MUSLIM CARE MALAYSIA 

564490413882 (MAYBANK) 

14014010147470 (BANK ISLAM) 

1101744599 (BANK RAKYAT) 



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia