HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA DICECAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 August, 2023

Terpilih menjadi sebahagian daripada Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS adalah suatu penghargaan kepada kami. Usaha Muslim Care Malaysia (MCM) untuk sentiasa menyampaikan bantuan tepat pada sasaran dan waktunya ternyata diiktiraf. Alhamdulillah.

Sebanyak 40 kotak berisi pelbagai bahan masakan serta beras telah diamanahkan kepada kami untuk disampaikan kepada yang memerlukan.

MCM diwakili Cik Zuriati dan Cik Suryana, Exco MCM telah menyampaikan amanah Tuan/Puan semua kepada 40 keluarga di perkampungan orang asal di Sungai Buloh, Selangor.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Sedaya upaya kami memastikan setiap bantuan dan sumbangan yang disalurkan sampai kepada semua golongan di Malaysia ini. Biar apa juga bangsa dan keturunan kita, kebajikan akan kami usahakan, Insya-Allah.

Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan serta swasta yang sentiasa mempercayai kami dan telah bekerjasama dengan kami sehingga hari ini.

Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (Riwayat Ibn Hibban)

Mudah-mudahan setiap yang kita usahakan akan membawa seribu kebaikan kepada lebih ramai orang di luar sana. Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia