HASMIDAH ANAK PULAU TINGGI PERTAMA KE MENARA GADING

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 August, 2023

Sebak menyelubungi suasana melihat air mata gembira pada wajah ayah dan anaknya, Hasmidah apabila dimaklumkan terpilih untuk menerima sumbangan komputer riba dan sedikit tunai.

Hasmidah anak kelahiran Pulau Tinggi, tinggal bersama ayahnya seorang nelayan hari ini telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Dalam syukur menerima khabar gembira, pastilah ligat akal si ayah berfikir bagaimana mahu mencari wang tambahan untuk menampung yuran pendaftaran dan kos perjalanan ke sana nanti.

Berkat jariah dan sumbangan yang dihulurkan oleh penyumbang Muslim Care Malaysia (MCM) menerusi Misi Untukmu Siswa, alhamdulillah kita telah berjaya membantu adik Hasmidah Binti Sata, anak Pulau Tinggi pertama yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus memberi inspirasi kepada anak-anak yang lain.

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِاْلعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَهَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ باِلعِلْمِ

"Barangsiapa yang hendak menginginkan dunia, maka hendaklah ia menguasai ilmu. Barangsiapa menginginkan akhirat, hendaklah ia menguasai ilmu. Dan barang siapa yang menginginkan keduanya (dunia dan akhirat), hendaklah ia menguasai ilmu." (Hadith Riwayat Ahmad)

Muslim Care Malaysia mendoakan agar anak ini terus berjaya dan cemerlang seterusnya ia menjadi satu lonjakan untuk kehidupan yang lebih baik buat mereka sekeluarga.

Insya-Allah. Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia