HARI PENUH SENYUMAN DI PULAU AMAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2025

Tanggal 10 Ogos 2025 menjadi tarikh yang akan diingati oleh penduduk Pulau Aman, Pulau Pinang apabila Muslim Care Malaysia (MCM) hadir membawa misi dakwah dan kebajikan.

Kenduri Rakyat yang dianjurkan dipenuhi senyum manis dan ukhuwah indah ketika 65 keluarga asnaf menerima pek makanan berisi beras, tepung, gula, telur dan keperluan asas lain.

Anak-anak asnaf terpilih juga menerima beg sekolah baru, menyemarakkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu.

Lebih istimewa dalam misi kali ini apabila Dr Zarina dan Dr Hafiz dari Ireland tidak hanya hadir di dewan majlis bahkan turut sama menziarahi rumah-rumah warga emas uzur. Pemeriksaan kesihatan dalam ziarah dijalankan untuk memastikan mereka yang tidak berupaya hadir tetap mendapat perhatian.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

(Hadith Riwayat Ahmad)

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan. Semoga setiap langkah kebaikan ini menjadi saham besar di sisi Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia