HARAPAN BESAR UMAT ISLAM MANILA LAHIR DI MASJID KECIL INI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 August, 2026

Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia (MCM) sekali lagi diberi peluang menziarahi dan menunaikan solat di Masjid Al-Ikhlas, Mandaluyong, Manila, Filipina.

Walaupun saiznya kecil, masjid ini menjadi nadi kepada komuniti Muslim setempat. Di sinilah mereka berhimpun untuk menunaikan solat, menuntut ilmu dan mengeratkan ukhuwah.

Namun, keadaan masjid ini amat terhad. Ia terletak di tengah-tengah kawasan pasar yang dikelilingi kedai makan, gerai dan premis perniagaan. Ruang solat yang sempit menyebabkan para jemaah sering berdepan kesukaran, terutama ketika solat Jumaat, Ramadan dan program-program keagamaan.

Melihat sendiri keadaan ini membuatkan kami lebih memahami keperluan sebenar saudara-saudara kita di sini.

Atas sebab itulah, insya-Allah Muslim Care Malaysia sedang berusaha merealisasikan pembinaan Pusat Islam Mandaluyong sebagai sebuah pusat yang lebih selesa dan lengkap untuk menjadi tempat ibadah, pendidikan, dakwah serta pembangunan komuniti Islam di Filipina.

Semoga setiap usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi asbab lahirnya sebuah pusat yang akan terus memberi manfaat kepada generasi Muslim di Mandaluyong untuk tahun-tahun yang akan datang.

Doakan agar usaha ini dipermudahkan dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua yang terlibat.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia