HANYA MAMPU MENYEBUT ALLAH…

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 September, 2026

“Waktu itu… saya hanya mampu sebut Allah… Allah… Allah…”

Di Kampung Ronting, Flores, Indonesia kami menyantuni keluarga yang terkesan akibat gempa dengan sumbangan sembako, kit makanan dan keperluan harian.

Kampung ini terletak betul-betul di tepi laut. Ketika gempa berlaku, kata ibu Hasna, goncangannya terlalu kuat sehingga tubuhnya sendiri tidak mampu bergerak.

Hanya mampu pasrah.

“Allah… Allah…” itulah yang keluar dari mulutnya ketika itu.

Belum sempat hati kembali tenang, mereka turut berdepan dengan tsunami kecil yang datang selepas gempa.

Dalam keadaan panik dan ketakutan, mereka hanya mampu berserah kepada Allah.

Alhamdulillah, tiada korban jiwa di kampung ini.

“Syukur Allah panjangkan umur kami lagi…”

Ayat itu nampak ringkas, tetapi bila mendengarnya sendiri daripada seorang ibu yang baru melalui detik penuh ketakutan, hati terasa begitu sayu.

Hari ini Muslim Care Malaysia datang membawa sedikit sembako. Mungkin nilainya tidak seberapa, tetapi mudah-mudahan ia dapat meringankan sedikit beban mereka dan menjadi tanda bahawa mereka tidak bersendirian.

Terima kasih kepada semua yang menitipkan amanah. Doakan saudara-saudara kita di Flores terus diberikan kekuatan, keselamatan dan perlindungan Allah SWT.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia