HAJI SAPAR HEROES MCM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
24 November, 2022
Haji Sapar dengan lori hijaunya selalu bersama-sama dalam misi kebajikan tanpa mengira lokasi dan masa. Biarpun ke utara, selatan bahkan pantai timur pasti beliau akan hadir menghulurkan bantuan.
 
Sungguh banyak kenangan manis bersama Haji Sapar.
Sungguh banyak budi Haji Sapar yang tak mungkin dapat kami balas.
Sebaik mendapat makluman tentang kondisi kesihatannya yang semakin merosot, heroes MCM telah meluangkan masa menziarahi beliau.
 
"Rombongan Heroes Muslim Care Malaysia datang melawat ana petang semalam. Alhamdulillah terubat rasanya apabila sahabat-sahabat datang. Syukur. Sangat-sangat terima kasih semua termasuk Haji Johari Ismail ," jelas nampak ceria wajahnya menerima kunjungan kami.
 
Daripada Ummu Salamah R.anha, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”
(Riwayat Muslim)
 
Dari lubuk hati kami yang paling dalam, kami semua warga MCM mendoakan kebaikan dan kesihatan yang baik buat Haji Sapar. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan beliau.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia