HADIRNYA PELANGI SELEPAS HUJAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 August, 2024

Itulah yang dirasakan Mak Cik Zah, salah seorang mangsa banjir di Kampung Pekan, Grik, Perak apabila menerima kit bantuan awal banjir daripada Muslim Care Malaysia (MCM).

Keadaan banjir di Kampung Pekan dilaporkan surut sepenuhnya setelah beberapa hari ditenggelami air akibat hujan lebat baru-baru ini.

Pada hari Isnin, 12 Ogos 2024, MCM diketuai Timbalan Presiden Haji Mohd Johari Ismail bersama Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar telah menyampaikan bantuan awal banjir kepada mangsa yang terlibat.

Sumbangan berupa kit kebersihan, toto, bantal dan air mineral sebanyak 15 set sebagai permulaan bantuan awal banjir.

Sumbangan diagihkan dari rumah ke rumah dengan menaiki 3 pacuan empat roda.

Terima kasih buat semua penyumbang. Semoga Allah menganjari sebaik-baik ganjaran.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia