HADIAH ISTIMEWA UNTUK PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI ASAP (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 May, 2024

Jauh dari ibu kota dan kemudahan, sekumpulan penduduk di Kampung Sungai Asap sedang berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui kelas dan aktiviti anjuran Urusetia Saudara Kita (USK).

Rata-rata daripada mereka ialah saudara baru yang masih dalam proses mempelajari ilmu-ilmu berkaitan agama Islam. Dari masa ke masa, seorang demi seorang dari penduduk kampung ini mula terbuka hati menerima hidayah Allah.

USK yang banyak membantu proses pengislaman dan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Mengenali sahabat-sahabat dari USK membuka ruang kepada Muslim Care Malaysia (MCM) untuk sama-sama bergandingan meluaskan dakwah di bumi Kenyalang ini.

Alhamdulillah, melalui program Kasih Asnaf SAJI bersama Muslim Care Malaysia penduduk di sini telah diperuntukkan sejumlah dana untuk pembinaan stor penyimpanan barang-barang masjid termasuklah ruang mandi jenazah.

Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama kami, FGV Holdings dan Delima Oil Product Sdn Bhd yang terus bersemangat bersama-sama kami menyebarkan kebaikan kepada lebih ramai orang.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia