HABIS BANJIR, SELUT MENYALUTI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 October, 2023

Termenung panjang kami sebaik sahaja sampai di lokasi dilanda banjir di beberapa kampung di Kupang, Baling, Kedah. Kami buntu mana mahu dibantu?

Apatah lagilah perasaan tuan rumah. Berserbut kepala jadinya. Rumah tempat berteduh jadi kuning diselaputi selut banjir.

Alhamdulillah, heroes Muslim Care Malaysia telah hadir dan berjaya membantu beberapa rumah. Air sudah surut maka, proses pembersihan bermula.

Cuci dan basuh semuanya. Cawan, pinggan, kipas, lantai, tingkap dan semuanya perlu dicuci.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Orang beriman itu bersikap ramah, dan tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” 

(Hadith Riwayat Thabrani dan Daruquthni)

Semoga setiap masa, tenaga dan wang yang yang diberikan oleh Heroes dan para penyumbang Muslim Care Malaysia akan dibalas dengan seribu kebaikan, dihadiahkan dengan syurga yang indah dan hidup di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Amin. 

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia