GYMNASIUM MINI BERI MANFAAT 400 PESAKIT
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023
"Kita mesti bantu pesakit-pesakit untuk sihat dan dapat berubah ke arah menjadi seorang Islam dan manusia yang baik hingga dia boleh beroleh husnul khatimah." ucap Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadut dalam ucapan beliau semasa majlis Perasmian Gymnasium Mini Wakaf Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat Ahad, 29 OKtober 2023.
Gymnasium hasil inisiatif Muslim Care Malaysia ini turut dibekalkan juga dengan 17 jenis alat senaman dan pelbagai kelengkapan lain yang bernilai RM100,000.
Sebelum ini, pesakit terpaksa bersusah payah berjalan sejauh 200 meter untuk menjalani rawatan fisioterapi kerana Gym yang sedia ada berada di Blok yang berlainan daripada wad pesakit.
Sudahlah sakit, terpaksa pula berjalan jauh demi mendapatkan rawatan.
Dengan adanya Gymnasium ini, tidak kurang daripada 400 pesakit yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti 'stroke', kecederaan tulang belakang, patah tulang, gangguan saraf dan juga golongan warga emas dapat dirawat sebaiknya.
Rasulullah SAW bersabda;
نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
"Dua kenikmatan yang sering dilupakan kebanyakan manusia ialah kesihatan dan waktu lapang."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Terdapat beberapa hak tubuh yang harus dipenuhi secara sempurna.
Di antaranya ialah hak mengambil makanan yang halal dan bergizi baik dan juga hak atas istirehat yang cukup.
Maka, apabila badan mulai sakit maka rawatan diperlukan dan rehat disarankan. Melalui tertubuhnya Gymnasium ini, ramai akan mampu untuk menunaikan hak kepada tubuh masing-masing.
Alhamdulillah.
Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat yang sudi menerima bakti Muslim Care Malaysia kali ini.
Insya-Allah ada rezeki kita akan terus bekerjasama di masa hadapan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.