GSF BERLAYAR, DUNIA MULA BERSUARA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 February, 2026

Dalam forum Drive For Gaza 1.0 ini, perkongsian penting ini dibawakan oleh Panel 1: Fatin Syahirah.

Gerakan Pelayaran GSF (Global Sumud Nusantara) bukan sekadar simbolik.

Ia beri impak nyata kepada rakyat Gaza.

Dunia mula “trigger”.

Dunia mula pandang.

Dunia mula bersuara.

Dari tekanan inilah lahir apa yang disebut sebagai Pelan Damai 20 Perkara.

Dari pelan ini juga terhasil Resolusi 2803.

Persoalannya…

Adakah semua ini menamatkan penjajahan di Gaza?

Tidak.

Adakah penderitaan benar-benar berhenti?

Belum.

Kerana di saat dunia bercakap tentang pelan bangunkan semula Gaza…

Hakikat di lapangan masih sama.

Masih ada pengeboman.

Masih ada pembunuhan.

Masih ada sekatan bantuan.

Bantuan musim sejuk yang sangat diperlukan… pun tidak sampai seperti sepatutnya.

Tapi dalam masa yang sama, hasil tekanan ini tetap membawa kesan:

➡️ Kadar kematian berjaya dikurangkan

➡️ Kebuluran mula dibendung (walaupun belum sepenuhnya)

➡️ Bantuan kemanusiaan lebih mudah masuk berbanding sebelumnya

Ini bukan kemenangan mutlak.

Tapi ini bukti…

Bila umat bergerak, dunia terpaksa bertindak.

GSF membuktikan satu perkara penting:

Suara dari Nusantara… boleh sampai ke Gaza.

Dan perjuangan ini belum selesai.

Kerana matlamat kita bukan sekadar Gaza dibangunkan semula.

Tapi penjajahan dihentikan.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia