GEREJA JADI MASJID SUDAH BEROPERASI (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
2 January, 2024

Subhanallah! Sungguh luar biasa kesatuan umat Islam di Malaysia, dalam masa seminggu sahaja Muslim Care Malaysia (MCM) berjaya mengumpul hampir RM400,000 sekaligus membantu proses pembelian bangunan gereja yang mahu dijadikan Pusat Islam pertama di Auckland, New Zealand.

Sebaik sahaja bangunan itu berjaya dibeli oleh komuniti Islam di sana, solat Jumaat pertama telah dijalankan pada minggu lepas, 22 Disember 2023.

Insya-Allah, bangunan ini akan terus memberi manfaat kepada komuniti Islam di sana dan menjadi saham Jariah berpanjangan buat semua penyumbang yang baik hati dan beriman.

Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

" Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga”

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia