GEMPAR, BUMI TURKI BERGEGAR JAM 4 PAGI WAKTU TEMPATAN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 February, 2023
" Kami Ingat sudah kiamat," begitulah ketakutan yang mereka alami sebaik sahaja bumi Turki dan utara Syria bergegar.
Gempa bumi yang berskala 7.8 Sr. Ini telah mengakibatkan lebih daripada 100 nyawa termasuk kanak-kanak yang sedang tidur pada waktu itu terkorban.
Bertambah buruk lagi, ketika ini suhu di sana jatuh di bawah paras beku iaitu - 5°c yang mana pastinya menambah kesukaran buat mereka.
Pengarah Muslim Care Malaysia-Syria (MCM) telah berada di tempat kejadian terlibat secara langsung dengan usaha mencari dan menyelamat. Keberadaan mereka sebagai usaha awal menyampaikan bantuan secepat mungkin dan menyampaikan maklumat yang tepat lagi cepat.
Gempa yang sangat kuat itu turut memberi gegaran kepada negara jiran seperti Syria, Lubnan, Cyprus, Palestin serta Iraq.
Sama-samalah kita tembakkan doa buat saudara kita Turki, semoga tiada lagi gempa susulan dan mereka dapat menyelamatkan diri di kawasan yang lebih selamat. Insya-Allah.
Bantuan berbentuk kewangan boleh disalurkan melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia