GEMA PALESTIN DI SIRIM BERHAD

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 December, 2025

Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia berpeluang berkongsi ceramah Palestin di SIRIM Berhad. Dalam masa yang sama, kami buka gerai kecil jualan barangan Palestin untuk kumpul dana.

Suasana memang hidup, orang ramai singgah, bertanya, membeli, dan menyumbang. Ramai juga yang terkejut bila dengar penerangan isu semasa Gaza… makin jelas di mana sebenarnya tanggungjawab kita sebagai umat.

Ceramah penuh jiwa disampaikan oleh Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia, Tuan Ahmad Safuan bin Ujar.

Syukur… ada yang ambil ilmu, ada yang hulur sumbangan, ada yang bawa pulang semangat baru untuk terus peduli.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia