GABENOR LATAKIA TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI MUSLIM CARE MALAYSIA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 February, 2026
Gabenor Latakia, Encik Mohamed Othman telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi organisasi Muslim Care Malaysia (MCM) yang berlangsung di bandar itu pada 11 Februari 2026.
Kunjungan hormat itu bagi membincangkan usaha sokongan kemanusiaan dan pembangunan semula Syria.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Ahmed Primo, Ahli Pejabat Eksekutif merangkap Pengarah Kerjasama Antarabangsa; Encik Ali Sued; serta Pengarah Hal Ehwal Sosial dan Buruh, Encik Mahmoud Haj Ibrahim.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh mekanisme sokongan serta penyelarasan antara Muslim Care Malaysia dan pihak berkuasa tempatan Latakia. Perbincangan tertumpu kepada kaedah kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan dan perkhidmatan sosial dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan memberi impak langsung kepada masyarakat setempat.
Delegasi Muslim Care Malaysia turut menyatakan komitmen berterusan dalam menyokong usaha pemulihan serta pembinaan semula Syria melalui inisiatif kemanusiaan yang mampan dan berfokus kepada keperluan rakyat.
Pertemuan ini mencerminkan semangat kerjasama antarabangsa yang berteraskan solidariti dan tanggungjawab bersama dalam membantu proses pemulihan wilayah yang terjejas