FORUM MALAM GAZA BERDARAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 July, 2025

Pada malam 20 Julai 2025, Universiti Islam Selangor (UIS) telah menjadi saksi kepada satu forum penuh emosi dan semangat, Forum Malam Gaza Berdarah, sempena Ekspo dan Festival Konvokesyen UIS.

Malam itu, dewan dipenuhi dengan jiwa yang masih peduli tentang Palestin dan perkongsian dari lapangan. Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili Timbalan Pengerusi MCM, Tuan Johari Ismail berkongsi realiti sebenar penderitaan rakyat Palestin yang masih bergelut di medan derita.

Kisah anak-anak kehilangan keluarga.

Bom yang bukan lagi berita, tetapi rutin harian.

Harapan yang masih hidup dalam hati mereka, walau jasad lemah menanggung luka.

Forum ini bukan sekadar wacana. Ia adalah seruan.

Seruan untuk bertindak, untuk peduli dan untuk tidak lagi diam.

Tahniah UIS kerana memberi ruang kepada suara Gaza terus bergema di bumi Malaysia.

Jangan biar luka ini sunyi. Teruskan peduli.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia