EXTIPA SUMBANG RM20,000 UNTUK PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 December, 2023

Muslim Care Malaysia (MCM) menerima serahan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk rakyat Palestin daripada Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra Pulau Pinang (EXTIPA).

Serahan dilakukan oleh Presiden Persatuan Dato Sri Azmi Abdul Aziz kepada Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan di pejabat MCM. Hadir sama, Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar yang juga ahli EXTIPA.

Kutipan daripada para alumni ini dijalankan semasa Jamuan Makan Malam Alumni pada 18 November lepas. Terima kasih semua atas sumbangan anda.


Ingat Sedekah Jariah Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat pada sasaran

Tepat pada waktunya

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia