DUTA MALAYSIA DI MESIR DAN MCM BINCANG HANTAR BANTUAN KE GAZA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 November, 2025

Penghantaran bantuan kemausiaan ke Gaza melalui pintu Rafah yang terletak di jalur sempadan Mesir-Palestin antara agenda utama dibincangkan dalam pertemuan delegasi Muslim Care Malaysia (MCM) dengan Duta Malaysia ke Mesir, TYT Dato’ Mohd Tarid Sufian.

Pertemuan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah itu berlangsung pada 13 November 2025 membabitkan tiga pemimpin utama MCM iaitu Presiden, Haji Zulkifli Wahijan, Naib Presiden, Mohd Khidhir Izaidin dan Bendahari Agung Ustaz Ahmad Shukri Ismail.

Turut serta, pegawai media MCM Md Hamdan Salleh; sukarelawan Muslim Care Egypt (MCE), Ustaz Faqrurrozi dan Ustaz Irham Suhaimi serta wakil Surau Al-Muhsinin Menara Berkembar Petronas, Mohd Nurhakimin Baruddin.

Perkara lain yang turut dibincangkan ialah peranan yang boleh dimainkan oleh MCE untuk memberi manfaat kepada pelajar Malaysia di Mesir terutama di sekitar Kaherah..

Di akhir pertemuan, Dato’ Mohd Tarid menghadiahkan kepada Haji Zulkifli pin peringatan sebagai tanda penghargaan beliau kepada MCM.

Semoga pertemuan ini menghadirkan kebaikan buat kedua-dua pihak dan mengukuhkan lagi kerjasama pada masa akan datang.

Muslim Care Malaysia, Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia