DUTA MALAYSIA DI JORDAN AJAK MCM SANTUNI KANAK-KANAK PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
2 December, 2024

Duta Malaysia di Jordan mencadangkan Muslim Care Malaysia (MCM) melakukan program khas untuk anak-anak Palestin di negara itu.

Tuan Yang Terutama (TYT) Mohamad Nasri Abdul Rahman berkata, program bersifat ‘trauma healing’ dirasakan paling sesuai kerana ia mudah tapi berkesan.

“Pihak kedutaan bersedia bekerjasama dengan MCM untuk melaksanakan program seperti itu,” katanya ketika menerima kunjungan hormat pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin 2024 di pejabatnya di Amman pada 14 November 2024.

Pasukan Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin 2024 membabitkan 15 peserta diketuai Presiden MCM Tuan Haji Zulkifli Wahijan.

Turut serta ialah mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Albakri yang juga Penasihat MCM dan Duta MCM, ustaz Dr Azahar Yaakob.

Sementara itu, Haji Zulkifli berkata cadangan dan kesediaan pihak kedutaan untuk bekerjasama adalah satu penghargaan serta pengiktirafan kepada MCM.

“Kita bakal menjadikan cadangan TYT Mohamad Nasri itu satu kenyataan, insyaAllah,” katanya.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia