DUKA AIDILADHA BERTUKAR GEMBIRA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 August, 2023

Sungguh tidak dapat dibayangkan, bagaimana ketika Encik Mazlan sekeluarga sedang gembira menyambut Aidiladha, tidak semena-mena rumah yang didiami terbakar sehingga hangus keseluruhan rumahnya.

Selari dengan tugas Muslim Care Malaysia yang selalu menyokong padi hendak rebah, di bawah projek Home2Live diusahakan dana untuk pembinaan rumah baharu buat mereka sekeluarga.

Duka semalam yang sangat perit untuk dikenang, akhirnya bertukar suka setelah akhirnya rumah baharu siap untuk diduduki.

Tidak ada amalan khusus yang diperintahkan syarak ketika memasuki rumah baru. Namun begitu, jika bertujuan untuk mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan syaitan, maka dianjurkan kita melazimi empat perkara berikut;

1. Melazimi bacaan surah al-Baqarah di dalam rumah.

2. Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah.

3. Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu.

4. Memberi salam setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah.

Insya-Allah, mudah-mudahan dengan adanya rumah baharu buat En. Mazlan sekeluarga ini akan memberi ruang yang lebih baik buat mereka sekeluarga untuk melakukan ibadah dan aktiviti harian.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang yang baik hati dan budiman. Semoga setiap jariah yang dihulurkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia