DUIT RAYA UNTUK PENUNTUT IPG TAWAU, SABAH (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 April, 2024

Seramai 75 penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK)Tawau, Sabah ceria apabila menerima duit raya RM50 setiap seorang daripada Muslim Care Malaysia (MCM) pada 4 April 2024.

MEREKA telah dikenal pasti daripada keluarga kurang berkemampuan dan sebahagiannya tidak dapat pulang berhari raya di kampung di Semenanjung kerana perlu berjimat cermat demi meneruskan pengajian.

Majlis ringkas penyerahan duit raya itu tadi telah diadakan di Masjid An-Nur, kampus berkenaan yang dihadiri Pengarah IPGK Tawau, Dr Najamuddin Haji Bachora dan Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar.

Selain sumbangan duit raya, MCM turut menaja juadah iftar untuk 250 penuntut IPGK Tawau pada hari yang sama.

Mudah-mudahan setiap amal kita dalam Ramadan kali ini diterima Allah sebagai ibadah dan menjadi bekalan akhirat yang berpanjangan.

Amin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia