DUIT RAYA DI HUJUNG RAMADAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 April, 2023
Ramadan masih berbaki lebih kurang seminggu, tapi seramai 200 anak yatim, pelajar tahfiz dan keluarga asnaf sudah menerima duit raya daripada Muslim Care Malaysia (MCM).
Sumbangan duit raya sebanyak RM20 seorang, sejadah serta majlis iftar itu diadakan di pasar raya Mydin, Bandar Pusat Jengka, Pahang pada 14 April 2023.
Majlis diadakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen (MP) Kuala Krau, dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka serta Mydin Bandar Pusat Jengka.
Kedua-dua MP dan ADUN aitu YB Ustaz Kamal Ashaari dan YB Ustaz Shahril Azman Abd Halim Alhafiz turut hadir serta mengagihkan sumbangan.
Mewakili MCM ialah Timbalan Presiden, Haji Mohd Johari Ismail yang turut menyerahkan sampul duit raya kepada penerima.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran, tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia