
DUA DELEGASI MCM SERTAI SUMUD NUSANTARA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 October, 2025
Pada 30 Ogos 2025 terlakar sejarah sekali lagi apabila dua delegasi Muslim Care Malaysia (MCM) telah berangkat menyertai Misi Sumud Nusantara di bawah payung Bahu Untuk Gaza, sebuah inisiatif kemanusiaan bersama rakan NGO lain.
Kali terakhir MCM berjaya memasuki Gaza ialah pada tahun 2019.
Sebanyak 80 buah negara terlibat dalam misi Sumud kali ini dan hari ini akan mula berlayar pasukan pertama menuju ke Gaza.
Penyertaan kali ini melambangkan kesungguhan MCM untuk terus berada di barisan hadapan membantu mereka yang memerlukan.
Kehadiran Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safwan Ujar dan Pengarah Media MCM, Hj Tuan Asri Tuan Hussein membawa bersama amanah rakyat Malaysia serta semangat seluruh warga kerja, sukarelawan dan penyokong MCM yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan kemanusiaan.
اللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ، وَبَارِكْ فِي هَذِهِ الْخُطُوَاتِ، وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الْكَرِيمِ
Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Engkau susahkan, berkatilah langkah ini, dan jadikannya ikhlas kerana-Mu yang Maha Mulia.
Amin Ya Mujib.
Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!